iT'S mE

iT'S mE

Tuesday, December 7, 2010

*******mEnCiNtAi tAk SemEsTiNyA mEmIlIkI********

Ingatlah bahawa jodoh itu milik Allah. Kita hanya mampu merancang. Adakah kita perlu menghebohkan kepada orang ramai yang kita ni bercinta dengan si dia? Tujuan apakah itu semua? Untuk orang ramai berdoa akan hubungan cinta kita itu? Rasanya tidak perlu. Mengapa saya berkata tidak perlu? Alasannya mudah. Jodoh itu milik Allah. Dalam Islam bercouple itu tidak muncul istilahnya. Yang ada bertunang dan berkahwin dan perlu dihebohkan. Mengapa cinta tak perlu dihebohkan? Bukan ke berkahwin itu tak semestinya kekal? Allah juga yang menetapkan jodoh seseorang. Jawapannya mudah. Berkahwin itu halal dan bercinta tanpa ada ikatan sah itu tidak halal. Tidak perlu kita hebohkan pasal hubungan cinta yang belum pasti. Hebohlah kepada umum mengenai tarikh perkahwinan anda dan jemputlah kawan-kawan anda kerana itu adalah tuntutan.
 
Begini paling mudah. Perasaan cinta itu anugerah Allah. Jika anda jatuh cinta kepada seseorang dan sedang bercinta dengan seseorang, biarlah anda dan pasangan anda je yang tahu. Tidak perlu menghebohkannya. Nanti apabila sudah pasti dia milik anda, hebohlah kepada sesiapa pun yang si dia tu milik anda. Kalau tak heboh kat facebook dia tu kekasih kita nanti orang lain kebas pula macma mana? Tak ke melepas? Senang jawapannya. Itulah menunjukkan si dia tu bukan jodoh anda. Kalau dia jodoh anda, walau bagaimana keadaan sekalipun cubaan yang datang pasti anda juga memilikinya. Jika anda berpisah kerana dia berjumpa dengan orang lain atau tanpa disangka-sangka sebabnya, sedarlah bahawa itu kekuasaan Allah. Allah mengetahui mana yang terbaik buat hambanya. Hikmah tersembunyi pasti ada. Yakinlah dengan Allah. Anda bercintalah seperti biasa-biasa sahaja. Dah kahwin nanti berkasih sayanglah anda seromantiknya. Anda pasti bahagia.
 
 
Allah pasti menghantar sesuatu yang akan membahagiakan kita. InsyaAllah. Mencintai tak semestinya memiliki. Anda boleh mengatakan yang anda hanya mencintai dia seorang sahaja tetapi adakah anda yakin dia milik anda? Ingatlah tiada apa pun yang boleh menandingi kekuasaan Allah. Allah jua yang maha mengetahui. Yakinlah dengan Allah. Jangan kita mengharap kepada manusia tetapi berharaplah kepada Allah. Berharap kepada manusia belum tentu kita dapat tetapi berharap kepada Allah tiada apa pun yang mustahil untuk kita dapat. Yakinlah.
  
Maksud yang ingin saya ketengahkan ialah bercinta itu boleh tetapi biarlah kena pada niatnya. Alangkah bagus kalau niat kita untuk menikahinya dan mendapat keredhaan Allah. Mencintai tidak semestinya memiliki. Berusaha mencari tak salah. Yang penting kita tahu niat dan tujuan kita. Biarlah bersederhana dalam bercinta. Jangan kita khayal dengan cinta yang tak pasti. Cinta yang pasti dan kekal abadi ialah cinta Ilahi. Bergembira tak salah tetapi terlalu gembira pada sesuatu yang tak pasti itu sia-sia dan padah menanti sebabnya yang bakal muncul itu adalah duka yang mengahncurkan. Mencintai tidak semestinya memiliki. Mencitai manusia tidak menjanjikan kebahagiaan yang kekal tetapi mencintai Illahi nescaya kekal bahagia. Mencintai tidak semestinya memilik. Mencintai manusia biarlah berpada-pada kerana manusia hanya boleh memberi janji tetapi terbatas untuk menunaikannya. Mencintai Allah sepenuh hati sudah pasti membawa erti dan semua janji-Nya pasti akan ditepati dan tidak mustahil. Yakinlah dengan Allah.
 

2 comments:

  1. stuju statement "Cinta yang pasti dan kekal abadi ialah cinta Ilahi" n mmg btol tiada istilah couple dlm islam... sbb itulah islam m'haramkan couple....

    ReplyDelete